Bintang K-Pop, Sulli ditemui mati: Polis

Choi Jin Ri atau dikenali sebagai Sulli.
Choi Jin Ri atau dikenali sebagai Sulli.
A
A
A

PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Sulli ditemui mati di sebuah rumah di Seongnam, selatan Seoul, lapor agensi berita Yonhap, memetik polis hari ini.

Menurut polis, artis berusia 25 tahun yang nama sebenarnya Choi Jin Ri, ditemui mati oleh agensi pengurusannya kira-kira jam 3.21 petang di sebuah rumah dua tingkat di Seongnam, wilayah Gyeonggi.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematiannya, kemungkinan akibat membunuh diri.

Tiada nota bunuh diri dijumpai setakat ini.

"Choi yang tinggal bersendirian itu mungkin bunuh diri, namun masih menyiasat jika terdapat motif lain," kata seorang pegawai polis.

Sulli memulakan kariernya pada 2005. Pada 2009, dia memulakan karier nyanyian dengan artis berkumpulan dikenali f (x), di bawah label SM Entertainment.

Sulli kemudian berehat sementara pada 2014 selepas menerima komen negatif sebelum aktif semula dengan menumpukan dalam bidang lakonan.

Artis itu kemudian mengumumkan untuk meninggalkan kumpulan itu. Baru-baru ini, Sulli pernah tampil dalam program TV JTBC.

Artikel Berkaitan:

Bintang yang aktif di media sosial itu sering menerima kritikan negatif dan positif ekoran personalitinya yang bebas dan berani. - Bernama