Padah pamer nombor pendaftaran motor palsu

Mohd Izhan didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya.
Mohd Izhan didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga burger didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal jenis Yamaha RXZ miliknya.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohd Izhan Yusof, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan dimilikinya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tengku Mizan di sini kira-kira jam 6 petang pada 16 Ogos lalu mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Chia Bih Huah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tindakan tertuduh yang mempamerkan nombor pendaftaran motosikal jenis Yamaha 125ZR milik abangnya pada motosikal miliknya dikesan dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di lokasi.

Motosikal milik tertuduh yang ketika itu ditunggang oleh seorang lelaki ditahan untuk pemeriksaan lanjut kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Hasil soal siasat lelaki terbabit mengaku hanya mekanik yang diupah oleh tertuduh untuk membaiki motosikal tersebut dan ketika ditahan dia memberitahu sedang memandu uji kenderaan itu sahaja.

Artikel Berkaitan: