X

Kindly register in order to view this article
!

Taufan Hagibis: Angka korban meningkat 35 orang

Puluhan ribu anggota penyelamat Jepun berusaha membantu penduduk yang terperangkap akibat tanah runtuh dan banjir akibat Taufan Hagibis. - Foto AFP
A
A

TOKYO - Angka korban akibat Taufan Hagibis yang melanda Jepun pada malam Sabtu lalu meningkat kepada 35 orang.

Lebih 110,000 penyelamat termasuk 31,000 tentera membersihkan laluan sejak semalam bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat tanah runtuh selepas hujan lebat.

Media tempatan berkata, sekurang-kurangnya 35 maut manakala agensi berita Kyodo melaporkan hampir 20 orang hilang, namun kerajaan meletakkan angka kematian rendah daripada itu iaitu sekurang-kurangnya 14 orang meninggal.

Sebanyak 21 sungai melimpah termasuk di Nagano menyebabkan air sungai Chikuma membanjiri kawasan kediaman penduduk mencecah tingkat kedua.

Taufan Hagibis membadai pulau utama negara itu di Honsu malam Sabtu lalu sebagai taufan paling ganas membawa angin dengan kelajuan sehingga 216 kilometer sejam.

Taufan itu menyebabkan kira-kira 120,000 rumah bergelap dan terputus bekalan air sehingga semalam.

Bencana itu juga menyebabkan puluhan ribu orang berada di pusat perlindungan dan tidak pasti bila dapat pulang ke rumah masing-masing.

Malah kemusnahan itu memaksa Piala Dunia Ragbi dianjurkan Jepun membatalkan beberapa perlawanan namun pasukan ‘Brave Blossom’ berjaya menumpaskan Scotland semalam dan melayakkan mereka ke suku akhir buat kali pertama. - AFP

21 sungai melimpahi tebing termasuk di Nagano, menyebabkan air sungai Chikuma membanjiri kawasan kediaman penduduk mencecah tingkat kedua.- AFP
21 sungai melimpahi tebing termasuk di Nagano, menyebabkan air sungai Chikuma membanjiri kawasan kediaman penduduk mencecah tingkat kedua.- AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!