Polis pantau Seeman, penyokong LTTE

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia memantau pergerakan Ketua Penyelaras Parti NAAM Tamilar di Selatan India, Seeman Senthamilan serta beberapa pemimpin India lain yang dipercayai penyokong tegar Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang kerap melawat negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan pasukannya ke atas 12 suspek yang ditahan.

“Kita akan siasat sejauh mana peranan pemimpin itu dalam mempromosi pergerakan LTTE atau mungkin memberi bantuan kewangan atau memberi nasihat untuk elemen-elemen LTTE di Malaysia.

“Kalau ada asas, kita akan membuat permohonan kepada pihak Imigresen untuk menyekat beliau daripada memasuki negara ini.

"Kita sedia maklum memang Seeman banyak kali masuk dan memang begitu rapat dengan elemen LTTE di Malaysia yang bergerak di selatan India, Tamil Naadu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman tadi.

Ayob Khan mengulas mengenai tindakan pemimpin-pemimpin politik tempatan yang mengambil gambar dengan pemimpin politik luar khususnya dari Tamil Naadu seperti Seeman.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kesan transaksi kewangan biayai aktiviti, rekrut LTTE

Artikel Berkaitan: