'SPRM ambil tindakan terhadap Ahmad Maslan selepas dua minggu'

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya -fotoBERNAMA
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya -fotoBERNAMA
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan memberi sebarang komen berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang menafikan menerima dana daripada syarikat 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, terserah kepada Ahmad Maslan berkaitan pembayaran kompaun tersebut.

"Terpulang kepada dia, nak bayar kompaun atau tidak.

"SPRM akan melihat perkara ini selepas dua minggu untuk tindakan sewajarnya," katanya pada sidang akhbar selepas program Sambutan Ulang Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 di sini hari ini.

Isnin lalu, Ahmad Maslan menafikan beliau menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB serta menegaskan tidak pernah menerima cek daripada syarikat pelaburan berkenaan.

Sebelum itu, Latheefa turut mengumumkan senarai 80 individu dan entiti yang akan menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB.

Mengulas mengenai pembayaran semula wang berkaitan penerimaan dana daripada 1MDB selepas notis kompaun diberikan, Latheefa berkata, SPRM masih belum menerima sebarang pembayaran.

"Belum ada lagi yang datang buat bayaran tapi ada yang tampil tunjuk komitmen untuk buat bayaran.

Artikel Berkaitan:

"Kita dalam proses menunggu sebab mereka diberi dua minggu untuk buat pembayaran...sekarang waktu untuk mereka buat keputusan bagaimana nak bayar atau adakah mereka perlukan lebih masa untuk bayar," katanya.

Katanya, penerima kompaun terlibat juga boleh membuat rayuan untuk melanjutkan tempoh masa pembayaran tetapi perlu tampil ke pejabat SPRM untuk rundingan.

ARTIKEL BERKAITAN Ahmad Maslan nafi terima cek 1MDB