Taufan Hagibis ragut 11 nyawa

Sekurang-kurangnya 99 orang cedera dan 17 yang hilang akibat ribut yang berlaku.- FOTO: AFP
A
A

TOKYO - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di Jepun akibat Taufan Hagibis yang membadai di seluruh negara, kata pegawai hari ini.

Ada yang meninggal dunia di bawah tanah runtuh dan dihanyutkan oleh banjir bersama kereta selepas air sungai melimpah akibat hujan lebat.

Selain itu sekurang-kurangnya 99 orang cedera dan 17 yang hilang akibat ribut yang berlaku.

Banjir teruk dilaporkan di tengah Nagano di Jepun, disebabkan air dari sungai Chikuma yang memasuki kawasan kediaman hingga ke tingkat dua.

Seorang pegawai kecemasan di bandar Nagano, Yasuhiro Yamaguchi berkata, tidak jelas berapa jumlah rumah telah terjejas akibat taufan itu.

"Paras sungai tidak lagi naik namun air masih lagi tinggi di kawasan kediaman," katanya.

Malah melalui rakaman udara menunjukkan kereta api berkelajuan tinggi atau bullert train separuh tenggelam di perairan berlumpur di depot di Nagano.

Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di Jepun akibat Taufan Hagibis yang membadai di seluruh negara. -FOTO: AFP
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di Jepun akibat Taufan Hagibis yang membadai di seluruh negara. -FOTO: AFP

Semalam, lebih daripada tujuh juta orang ditempatkan di bawah perintah pemindahan bukan mandatori.

Hagibis sebagai satu taufan yang paling ganas berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan kelajuan angin sehingga 216km/j.

Badai yang melanda Jepun itu telah memaksa penangguhan kelayakan Grand Prix Jepun dan pembatalan dua perlawanan Piala Dunia Ragbi semalam.

Namun pada pagi ini pihak penganjur mengatakan mereka terpaksa membatalkan pertandingan ketiga Namibia-Canada namun memberi laluan kepada perlawanan keempat yang dijadualkan iaitu Jepun-Scotland.

"Kami tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membatalkan perlawanan demi keselamatan," kata pengarah kejohanan, Alan Gilpin. - AFP