X

Kindly register in order to view this article
!

Sekatan telefon bimbit di Kashmir bakal ditarik balik

Sekatan ke atas telefon bimbit di Kashmir dijangka berfungsi semula Isnin ini. - Foto AFP
A
A

SRINAGAR - Kerajaan India akan memulihkan kembali kebanyakan sambungan telefon mudah alih di Kashmir sekali gus mengurangkan sekatan keselamatan yang dikenakan sejak lebih dua bulan lalu selepas status khas wilayah itu dibatalkan.

Menurut jurucakap kerajaan, Rohit Kansal, keputusan dibuat selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan di wilayah yang menjadi pertikaian antara India dan Pakistan itu.

"Semua telefon yang mempunyai langganan bulanan akan pulih dan berfungsi bermula Isnin ini. Keputusan ini tertakluk ke semua daerah di Kahsmir," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Kansal bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut sama ada perkhidmatan internet juga akan dipulihkan.

5 Ogos lalu, kerajaan New Delhi memansuhkan autonomi Kashmir dan menyekat kemudahan telefon bimbit serta internet sebagai sebahagian daripada sekatan keselamatan terbesar negara itu.

Sekatan ke atas pelancong ke Kashmir turut ditarik balik Khamis lalu dan tiga ahli politik daripada ratusan orang yang ditahan sejak 5 Ogos dibebaskan. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: India tarik balik larangan perjalanan ke Kashmir

Menteri India berbohong isu krisis di Kashmir


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus