Kerajaan akan terus jual aset negara: Zahid

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai bajet yang boleh meruntuhkan terus sistem ekonomi negara.

Menurutnya, belanjawan tersebut tidak lebih hanya sekadar menabur janji baharu dan menarik sokongan rakyat yang semakin tipis ekoran kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto.

Menurutnya, hutang luar negara mencapai RM1.17 trilion sehingga Julai lalu yang akan mendorong kepada defisit.

“Ini bakal menyaksikan kerajaan terus menjual aset negara dan menambah pinjaman luar untuk pembangunan.

“Selain itu, mana keistimewaan untuk rakyat Malaysia? Dulu warga asing hanya boleh beli hartanah RM1 juta ke atas, sekarang PH kurangkan kepada RM600,000 sahaja. Bajet mengutamakan warga asing,” katanya dalam laman Facebooknya semalam.

Sementara itu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yakin Belanjawan 2020 tidak akan mencapai matlamat kerana tidak berinovasi dan praktikal secara keseluruhan.

Beliau berkata, contohnya tiada perubahan dalam pelepasan cukai peribadi yang mampu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kerajaan seharusnya meningkatkan pelepasan cukai peribadi daripada RM9,000 kepada RM15,000. Ini dapat membantu golongan tersebut yang berjuang untuk bertahan hidup terutamanya di bandar.

Artikel Berkaitan:

“Banyak perkara yang dibangkitkan dalam Belanjawan 2020 yang tidak praktikal. Ingat kata-kata saya, mereka tidak akan dapat capai matlamat,” katanya.