Kerajaan yakin lebih ramai belia ceburi TVET: Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar - Foto Bernama
Datuk Mahfuz Omar - Foto Bernama
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan yakin lebih ramai golongan belia akan menceburi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) selepas ia akan diperkasakan menerusi beberapa peruntukan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelbagai inisiatif telah diatur kerajaan bagi melahirkan golongan belia yang berkemahiran tinggi sesuai dengan hasrat kerajaan dalam memartabatkan TVET di negara ini.

Menurutnya, usaha ini dapat memastikan industri dapat mencapai kualiti yang terbaik selain mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing.

"Saya lihat dengan apa yang diumumkan semalam akan menambahkan jumlah pelajar untuk mengikut bidang TVET pada masa hadapan yang sekarang ini semakin menjadi pilihan pelajar berikutan menawarkan kursus kemahiran tinggi kepada merekan (pelajar).

"Malah peruntukan itu juga memberi gambaran positif terhadap kebolehpasaran bidang TVET yang memberi jaminan dalam mendapatkan pekerjaan kerana lepasan bidang tersebut memang menjadi rebutan majikan serta pihak industri.Ketika ini kebolehpasaran ialah 90 peratus," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan selepas merasmikan Pertandingan Worldskills Malaysia Belia Peringkat Akhir Tahun 2019 di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Pulau Pinang di sini pagi tadi.

Semalam dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memperuntukkan sebanyak RM5.9 bilion berbanding RM5.7 bilion pada tahun lalu bagi mengarus perdana TVET dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi belia.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, sokongan kerajaan terhadap pembangunan TVET memang konsisten apabila institusi-institusi yang mendominasi latihan kemahiran turut menerima peruntukan untuk melatih calon pekerja mahir dan separa mahir yang kebanyakannya di peringkat sijil dan diploma.

Artikel Berkaitan:

Katanya, menerusi Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11), kerajaan Persekutuan mensasarkan seramai 233,000 pelajar mengikuti bidang TVET dan jumlah itu hampir di capai menjelang tahun hadapan.

"Selain itu, menerusi pembentangan belanjawan semalam kerajaan turut mengumumkan inisiatif untuk pelajar TVET iaitu wang bulanan RM100, mereka (pelajar) bukan sahaja belajar secara percuma malah menerima wang bulanan lagi setiap bulan.Ini menunjukkan kita(kerajaan) mahu bidang TVET terus maju.

"Negara juga tidak boleh terkebelakang dalam bidang kemahiran memandangkan kehendak negara mendukung revolusi industri 4.0 dan sebab itu memerlukan lebih ramai pelajar lepasan TVET untuk menjayakan revolusi tersebut," katanya..