Suspek bunuh, kerat lapan direman 7 hari

Suspek kes pembunuhan tragis diiringi polis ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Lelaki warga Singapura yang disyaki terbabit kes pembunuhan tragis dua beranak yang dikerat dan dibuang di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Syarina Shaarani@Tan sehingga 18 Oktober ini.

Terdahulu suspek yang tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka kira-kira jam 10.05 pagi dengan memakai baju lokap serta tangan bergari.

Khamis lalu, portal Sinar Harian melaporkan mayat tidak sempurna ditemui oleh seorang pemotong rumput ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan semak berhampiran jalan utama Kampung Landang, Krubong.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bunuh kerat lapan ditahan: PDRM

Pemotong rumput jumpa mayat di kawasan semak

Difahamkan mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui individu berusia 37 tahun itu sekitar jam 4 petang dan memaklumkan kepada Balai Polis Tanjung Minyak sebelum pasukan polis pergi ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Mat Kasim Karim yang dihubungi berkata, tahanan reman selama tujuh hari itu setelah berjaya menahan suspek dengan kerjasama polis Singapura.

"Siasatan masih diteruskan bagi mencari bahan bukti dan sebagainya," katanya.