X

Kindly register in order to view this article
!

Guru terlibat lumba haram ditahan polis

Gambar hiasan
A
A

GEORGETOWN - Seorang guru sebuah sekolah menengah ditahan kerana berlumba haram dengan seorang tukang masak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan simpang Jalan Kampung Jawa ke Medan Selera Kampung Jawa di sini kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya,guru yang masih dalam tempoh percubaan itu mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Timur Laut menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R1 manakala seorang lagi menunggang motosikal berkuasa tinggi jenia Aprilia RSV4.

"Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan ketika sedang berlumba.

"Bagaimanapun mereka diberikan jaminan polis dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini.

Anbalagan berkata, kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya memandang serius kegiatan lumba haram yang sering diadakan terutamanya pada hujung minggu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!