Imigresen cari Dewan Amzad

Dewan Amzad Hossain dicari bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Sepang berhubung satu kes pendakwaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Dewan Amzad Hossain dicari bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Sepang berhubung satu kes pendakwaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen giat mengesan seorang lelaki warga Bangladesh berhubung satu kes pendakwaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 di Mahkamah Sesyen Sepang.

Imigresen dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu dikenali Dewan Amzad Hossain berusia 42 tahun dengan nombor pasport BQ0036915.

"Alamat terakhirnya adalah di Wayluck Multi Services Sdn Bhd.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan) Nazan Yusof di talian 03-88801338 /1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat," katanya.

Artikel Berkaitan: