Bumbung sekolah terbakar dipanah petir

Bumbung yang dipanah petir berasap namun kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan.
Bumbung yang dipanah petir berasap namun kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan.
A
A
A

RAWANG - Bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2, Bandar Country Homes di sini terbakar selepas dipanah petir jam 4 petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Zon 6, Hussin Ab Rahman berkata, pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran hanya melibatkan penebat kilat di atas bumbung tanpa melibatkan struktur.

"Bahagian siling bangunan terpaksa dipecahkan bagi membolehkan anggota bomba panjat ke atas dan memadamkan kebakaran.

"Insiden dalam keadaan terkawal dan tiada mangsa terlibat dalam kajadian itu," katanya.

Artikel Berkaitan: