X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2020 tidak pinggir petani, nelayan dan peladang

Mukhriz
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Belanjawan 2020 yang tidak meminggirkan insentif dan peruntukan kepada petani, nelayan dan peladang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, peruntukan itu dapat meringankan beban sara hidup golongan terbabit.

Beliau juga gembira kerana insentif itu turut disalurkan kepada peneroka Felda.

Pada belanjawan ini, elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM250 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM152 juta manakala Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) diperuntukkan sebanyak RM855 juta.

“Kerajaan Negeri juga gembira dengan peruntukan RM50 juta untuk membangunkan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam. Ini termasuk penubuhan pusat peningkatan digital sehenti yang pastinya akan memangkin inisiatif 'digitalisation' yang turut menjadi fokus kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mukhriz berkata, secara keseluruhannya, Kedah akur betapa sukarnya Kerajaan Persekutuan menyediakan Belanjawan Pertumbuhan dalam menghadapi kekangan hutang RM1.13 trilion yang diwarisi daripada kerajaan BN terdahulu.

“Defisit belanjawan kali ini tidak boleh dielakkan kerana rakyat mengharapkan pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, pendekatan kerajaan dalam menguruskan belanjawan secara berhemah bertujuan menjamin tiada pembaziran dan penyelewengan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!