30 peratus tender kementerian untuk bumiputera

Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di Parlimen.
Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di Parlimen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus tender setiap kementerian dikhaskan untuk kontraktor bumiputera pada tahun 2020 bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagi tahun ini sehingga Ogos, syarikat bumiputera berjaya memperoleh kontrak projek baharu kerajaan melalui tender bernilai lebih RM3.6 bilion.

“Sebanyak RM7.6 bilion diperuntukkan untuk membantu institusi dan usahawan bumiputera. Jumlah ini ditambah kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020.

“RM6.6 bilion diperuntukkan kepada institusi bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti Mara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Peneraju," katanya.

Menurutnya, RM1 bilion pula membantu pembiayaan PKS bumiputera melalui SJPP dan SME Bank dan RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah Tekun Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan Teraju.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di Parlimen petang tadi.

Artikel Berkaitan: