Belanjawan 2020: Kerajaan usaha dapatkan semula dana negara dicuri

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus berusaha mendapatkan semula setiap dana yang dicuri dan aset negara yang berada di seluruh dunia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, antara usaha dilakukan termasuklah dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs serta 17 pengarahnya.

Menurutnya, sehingga Julai 2019, kira-kira RM1.45 bilion telah dikembalikan oleh pihak berkuasa antarabangsa termasuk hasil daripada penjualan kapal layar mega, Equanimity.

“Kerajaan tetap komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu. Bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International, sejumlah RM2.4 bilion perlu disediakan oleh kerajaan untuk melunaskan bayaran khidmat hutang bagi tahun 2019 dan RM2.7 bilion untuk tahun 2020.

“Dalam hal ini, kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang seikhlas hati telah menyumbang sebanyak RM203 juta kepada Tabung Harapan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, sumbangan itu digunakan untuk membiayai sebahagian daripada bayaran balik pinjaman tersebut.

Guan Eng turut menegaskan, Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi telah terjejas akibat skandal kleptokrasi global yang amat memalukan negara dan membabitkan jumlah melebihi RM150 bilion.

Artikel Berkaitan: