X

Kindly register in order to view this article
!

Elaun guru Kafa naik RM100, imam dapat RM500

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

KUALA LUMPUR - Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru Kafa.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kenaikan elaun tersebut membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.

Selain itu menurutnya, kerajaan turut mencadangkan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap imam, bilal, penjaga masjid dan guru takmir.

"Kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan.

"Kerajaan akan terus menegakkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, dalam Belanjawan 2020, peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri akan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion," katanya pada Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!