Belanjawan 2020: 1.1 juta individu bujang terima manfaat BSH

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 bilion bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) dan memperluaskan skim itu meliputi 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, selain itu bagi orang kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan juga layak menerima bayaran BSH.

"Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.

"Pada tahun 2019, BSH telah memberikan manfaat kepada 3.9 juta isi rumah," katanya pada pembentangan Belanjawan 2020 Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, peruntukan untuk subsidi dan bantuan sosial akan ditingkatkan daripada RM22.3 bilion untuk tahun 2019 kepada RM24.2 bilion.

"Ini termasuk bantuan kebajikan seperti BSH dan subsidi yang berkaitan dengan pertanian, bahan api dan kadar faedah," katanya.

Artikel Berkaitan: