Watsons kempen kesan awal kanser payudara

WATSONS mengambil inisiatif melancarkan Kempen Pink Power untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara.
WATSONS mengambil inisiatif melancarkan Kempen Pink Power untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara.
A
A
A

MENYEDARI kanser payudara antara ancaman utama wanita di negara ini, Watsons Malaysia dengan rasa tanggungjawab mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Pink Power sepanjang bulan Oktober.

Kempen yang dijalankan bersama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengesanan awal kanser berkenaan dalam kalangan para wanita.

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, Kempen Pink Power tahun ini menampilkan kelainan kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan kepada golongan wanita, bahkan setiap lapisan masyarakat.

"Umum mengetahui, pada setiap tahun Oktober adalah bulan kesedaran mengenai kanser payudara yang disambut di seluruh dunia.

"Justeru, menyedari kesedaran ini bukan hak mutlak wanita semata-mata maka kami turut memupuknya dalam kelompok pembeli dan kakitangan Watsons termasuk menggalakkan pemeriksaan kesihatan secara berkala," katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai Kempen Pink Power itu, Caryn memberitahu, setiap pembelian jenama produk yang mengambil bahagian di Watsons bernilai RM50 dan ke atas sebanyak RM1 akan disumbangkan kepada BCWA.

Antara jenama terlibat ialah Pure Beauty, Hada Labo, Nutox Stay Young, Nivea, Cetaphil, Gatsby, Max Factor X dan Loreal Paris.

Sementara itu, reben merah jambu dalam bentuk magnet yang merupakan simbol kesedaran kanser payudara global boleh dibeli pada harga RM5 di Watsons terpilih atau secara atas talian.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan dan transisi penampilan bersama pakar Watsons secara percuma.

"Selain itu, pada tahun ini, kami turut memaparkan perjalanan kisah survival kanser payudara menerusi laman sosial, Instagram.

"Lagipun tiada yang lebih berkesan berbanding menyampaikan mesej menggunakan medium visual. Kami berharap video itu dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara termasuk menggalakkan pemeriksaan sendiri dan pengesanan awal," jelas beliau.

Keterangan lanjut mengenai Kempen Pink Power Watsons, layari laman web www.watsons.com.my atau Facebook dan Instagram rasmi Watsons.