Belia perlu tongkat rangsangan daripada kerajaan

Mohd Syahbuddin pada Wacana Sinar Siri 133: Malaysia Baru: Sampai bila belia kena tongkat di Dewan Karangkraf di sini malam ini. Foto - Asril Aswandi Shukor
Mohd Syahbuddin pada Wacana Sinar Siri 133: Malaysia Baru: Sampai bila belia kena tongkat di Dewan Karangkraf di sini malam ini. Foto - Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Rangsangan dan sokongan daripada kerajaan menjadi 'tongkat' berterusan yang diperlukan belia di negara ini demi mencorakkan negara pada masa akan datang.

Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau melihat definisi tongkat tersebut sebagai satu bentuk bantuan yang perlu diberi perhatian kerajaan.

Menurutnya, rangsangan dan sokongan antara lain perlu diterjemahkan kepada pertubuhan belia itu sendiri dalam menggerakkan pelbagai program dan aktiviti bermanfaat untuk anak muda.

"Yang mana perlu tongkat, kena ada tongkat. Yang mana sepatutnya dibantu, kena bantu. Apa salahnya kita membantu golongan penting dalam negara seperti belia yang merupakan 45 peratus daripada rakyat negara ini. Mereka adalah pemimpin masa depan yang bakal mencorakkan negara.

"Bukannya bantu 100 peratus..tadah ke Kementerian Belia Sukan (KBS), dapat..tadah dapat. Itu suap namanya.

"Tapi tongkat yang saya maksudnya contohnya seperti yang saya bangkitkan berhubung dana pentadbiran MBM. Bukan dana aktiviti yang memang perlu bentangkan kertas kerja," katanya Wacana Sinar Siri 133: Malaysia Baru: Sampai Bila Belia Kena Tongkat? di Dewan Karangkraf Seksyen 15 di sini malam ini.

Beliau berkata, dalam menuju Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

Dalam aspek itu, pertubuhan belia dalam negara ini perlu dilihat dalam skop yang sepatutnya.

"Kerajaan hari ini kurang memberikan sokongan kepada MBM dengan melibatkan kita untuk turut bersama menggerakkan apa yang hendak disampaikan oleh kerajaan. Mungkin kerana baru atau tidak ada pendedahan lagi tentang fungsi dan peranan MBM.

Artikel Berkaitan:

"Perkara ini sepatutnya dipopularkan oleh KBS sendiri. Namun apabila KBS sendiri mengetepikan MBM, kita mengharapkan dalam Malaysia Baru, tidak mahu wujudnya jurang antara kedua-duanya," katanya.