Suspek kes bunuh warga emas diberkas

Kejayaan tangkapan itu adalah hasil kerjasama rakan media yang telah menyebarkan maklumat orang dikehendaki pihak polis.
Kejayaan tangkapan itu adalah hasil kerjasama rakan media yang telah menyebarkan maklumat orang dikehendaki pihak polis.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang warga emas diberkas di sebuah apartmen di Puchong Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditangkap oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

“Suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes ceroboh rumah dan dadah. Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Noor Azmi berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil kerjasama rakan media yang telah menyebarkan maklumat orang dikehendaki pihak polis.

“Suspek akan direman bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari Eno bantu siasatan kes bunuh

Dalam kejadian pada 19 September lalu, warga emas berusia 84 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan tangan berikat dan bahagian kepala ditutup dengan kain di pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Tasik Tambahan di sini.

Laporan bedah siasat pada 20 September lalu oleh pakar forensik Hospital Canselor Tuanku Mukhriz mengesahkan punca kematian mangsa adalah lemas.

Artikel Berkaitan: