104 keluarga mangsa ribut Lekima terima bantuan

Dr Salmee (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada seorang mangsa ribut berkenaan.
Dr Salmee (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada seorang mangsa ribut berkenaan.
A
A
A

KODIANG - Sebanyak 104 buah keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang terjejas akibat tempias ribut Lekima 9 Ogos lalu menerima bantuan wang ihsan daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (Nadma).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dr Salmee Said berkata, bantuan yang disampaikan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM86,000.

Menurutnya, bantuan itu membuktikan kerajaan serta agensi berkaitan amat prihatin dan sentiasa membantu bagi menangani masalah rakyat terutama ketika ditimpa bencana alam seperti ribut, banjir, kebakaran dan sebagainya.

"Wang ini diharap dapat membantu meringankan beban mereka menghadapi musibah," katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah Norhalimah Ayob,38, berkata, dia bersyukur bantuan diterima dapat meringankan bebannya sekeluarga setelah ditimpa musibah akibat tempias ribut berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini mereka terpaksa tinggal di rumah yang sebahagiannya 'berbumbung' langit selama tiga minggu selepas kejadian ribut berkenaan.

"Pendapatan suami saya sebagai nelayan tidak cukup untuk menampung kos baik pulih rumah. Jadi kami terpaksa menunggu bantuan daripada kerajaan ketika itu," katanya.

Artikel Berkaitan: