Pesawat tersangkut di kabel lif ski

Pesawat ringan terbalik dan tersangkut di kabel lif ski.
Pesawat ringan terbalik dan tersangkut di kabel lif ski.
A
A
A

ITALI - Ajaib! seorang juruterbang dan penumpang terselamat dari kecederaan selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terbalik dan tersangkut di kabel lif ski di sini.

Juruterbang berusia 62 tahun itu berjaya keluar sendiri dari pesawat dan duduk di sayap kanan sementara menunggu bantuan manakala penumpang masih berada di ruang kokpit duduk secara terbalik.

Rakaman dramatik misi menyelamat, berdurasi 47 saat itu tular di media sosial dan lokasi kejadian berlaku di resort ski Alpe Teglio– Prato Valentino, Alps Itali, pada Ahad lalu.

Pasukan penyelamat gunung disertai oleh anggota bomba dan polis mengambil masa dua jam untuk kerja-kerja menyelamat.

Pegawai berkata pesawat itu telah berlepas dari lapangan terbang berhampiran kerana mahu bersiar-siar sebelum pesawat hilang kawalan dan jatuh di atas kabel lif ski.

Jurucakap penyelamat gunung, Walter Milan berkata, kedua-dua mangsa sungguh bertuah kerana jika pesawat itu terhempas ke tanah, mungkin pengakhiranya berbeza.

"Ini merupakan operasi penyelamat yang rumit kerana melibatkan ramai pihak bagaimanapun semuanya berjalan lancar.

"Kedua-dua lelaki itu tidak mengalami kecederaan tetapi mereka masih dalam keadaan trauma," katanya. - The Sun

Artikel Berkaitan: