Lelaki ditahan pukul peniaga dengan topi keledar

Suspek bersama topi keledar yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
Suspek bersama topi keledar yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
A
A
A

KLUANG - Polis daerah ini menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pukul dan melarikan barangan milik seorang peniaga di Taman Makmur, di sini, pada 27 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek telah datang ke kedai mangsa sebelum memukul mangsa dan melarikan satu telefon bimbit serta kunci kereta milik mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kedai tersebut milik mangsa dan mangsa juga mengakui mengenali suspek kira-kira setahun dan suspek telah menyerang mangsa menggunakan tangan dan topi keledar yang dibawanya.

“Bertindak atas maklumat, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang telah menahan suspek serta tiga lelaki yang bersubahat bersamanya di tiga lokasi berlainan di sekitar daerah ini,” katanya.

Menurutnya, tangkapan tiga lelaki tersebut yang berumur di antara 20 hingga 30 tahun juga bagi membantu siasatan kerana memiliki barang yang disamun selain suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau selain positif dadah jenis methapetamine.

Katanya, hasil tangkapan kesemua suspek juga, polis turut merampas satu topi keledar berwarna hitam dan satu telefon bimbit selain jumlah anggaran rampasan bernilai kira-kira RM1,500.

“Kesemua suspek direman sehingga 4 Januari ini bagi membantu siasatan kes-kes samun di sekitar daerah ini dan kes disiasat di bawah Sekysen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: