Kindly register in order to view this article
!
GARMIN mengumumkan koleksi jam tangan pintar GPS untuk pelbagai sukan di Malaysia, siri fēnix 6 terbaharu.
Pengarah Urusan Garmin Asia Tenggara, Engelhard Sundoro berkata, produk itu dicipta untuk aktiviti lasak.
Ujarnya lagi, koleksi fēnix 6 hadir dengan Power Manager untuk jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri pemantauan tenaga inovatif.
Body Battery TM yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam siri fēnix itu juga direka untuk membantu pengguna menguruskan jadual latihan mereka, masa rehat dan tidur.
"Kami faham akan keperluan lebih banyak kuasa bateri untuk penggunaan produk pelbagai sukan kami yang lebih lama dan kami sangat gembira untuk memperkenalkan ciri-ciri inovatif baharu bagi meningkatkan pengurusan kuasa fēnix 6X edisi Pro Solar memberikan pengguna semua ciri-ciri yang mereka harapkan daripada rangkaian fēnix.
"Kami telah membina fēnix 6 untuk mentakrifkan semula jangkaan dengan ciri-ciri dan elemen reka bentuk yang dipertingkatkan untuk tampil menarik kepada setiap jenis pengembara dalam apa jua persekitaran.
"Garmin fēnix 6 sebenarnya merupakan model yang paling maju dan canggih dalam barisan produk fēnix. Kami percaya ia merupakan jam pintar yang sempurna bagi rakyat Malaysia untuk dibawa ke persekitaran luar," katanya.
Sama ada mengembara, memburu, berjalan kaki, berbasikal, bermain golf, menyelam atau menggunakan komunikasi satelit, peranti aktiviti luar Garmin ialah alat penting untuk peminat kehidupan lasak di semua peringkat.
Berdasarkan rekod, Garmin aktif di lima pasaran utama termasuk automotif, penerbangan, kecergasan, laut dan rekreasi luar.
Berikut ialah penjelasan lanjut tentang siri fēnix 6:
Power Manager
Siri fēnix 6 - Pro & Sapphire
Siri fēnix 6X Pro Solar