30 rumah di Bagan Serai dinaiki air

Keadaan banjir kilat yang melanda kawasan penempatan Tebuk Panchor, Gunung Semanggol semalam. - Foto ihsan pembaca
Keadaan banjir kilat yang melanda kawasan penempatan Tebuk Panchor, Gunung Semanggol semalam. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

BAGAN SERAI - Sekurang-kurangnya 30 kediaman penduduk di Kampung Tebuk Panchor, Gunung Semanggol dinaiki air sehingga 0.4 meter selepas hujan lebat melanda kawasan itu lewat petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku akibat hujan lebat luar biasa menyebabkan limpahan air parit tidak dapat mengalir ke sungai.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan terdapat 20 rumah dimasuki air sedalam antara 0.1 hingga 0.4 meter manakala 10 rumah lagi hanya melibatkan kawasan halaman sedalam 0.2 meter.

Keadaan banjir kilat yang melanda kawasan penempatan Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, semalam. - Foto ihsan pembaca
Keadaan banjir kilat yang melanda kawasan penempatan Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, semalam. - Foto ihsan pembaca

Menurutnya, tiada pusat pemindahan dibuka apabila rata-rata keluarga terlibat menumpang sementara di kediaman saudara mara.

"Air mulai surut sekitar jam 12 tengah malam tadi. Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku," katanya.

Semua penduduk terlibat telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Artikel Berkaitan: