X

Kindly register in order to view this article
!

'Van Dijk bagaikan raksasa'

Abraham (kiri) menyifatkan van Dijk (kanan) sebagai pemain pertahanan yang paling sukar untuk ditewaskan. Foto - Daily Mail
A
A

TONGGAK Chelsea, Tammy Abraham mengakui pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk adalah pemain yang paling ditakutinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurutnya, van Dijk merupakan salah seorang pertahanan yang mampu membaca gaya permainannya selain menjadi mimpi buruk buat setiap penyerang di Eropah.

"Bagi saya dia seperti raksasa.Dia bagus, berpengalaman. Saya cuba sedikit muslihat untuk menewaskannya dalam beberapa perlawanan tetapi tidak berjaya.

"Dari segi pergerakan di dalam kotak penalti contohnya, jika pertahanan lain, mereka tidak akan memerhatikan saya dan hanya fokus kepada bola.

"Tapi kalau van Dijk, dia mengawasai saya dan bola serta tahu di mana posisi saya, tahu ke mana saya akan bergerak. Corak pertahanananya sangat merimaskan saya sebagai seorang penyerang," katanya.

Pemain berusia 22 tahun itu ketika ini sedang bersinar bersama The Blues dan tampil cemerlang menjaringkan lapan gol dan menjadi antara penjaring terbanyak di EPL setakat ini.

Bagaimanapun, Abraham gagal mencetak sebarang gol ketika menentang Liverpool di Piala Super Eropah dan EPL sekali gus mengakui van Dijk telah menjalankan tugas dengan baik untuk merantai pergerakannya.

"Mungkin untuk menewaskan van Dijk saya memerlukan lebih skil dan kepantasan. Untuk memastikan saya terus dapat menjaringkan gol, saya harus meningkatkan kemampuan diri," katanya.