Pemandu van parah tersepit

Kemalangan menyebabkan pemandu van parah akibat tersepit selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pintasan Pelabuhan Utara, Klang petang tadi.
Kemalangan menyebabkan pemandu van parah akibat tersepit selepas terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Pintasan Pelabuhan Utara, Klang petang tadi.
A
A
A

KLANG - Seorang pemandu van parah apabila kenderaan dipandunya terbabas dan dihimpit sebuah treler di Jalan Pintasan Pelabuhan Utara di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu dipercayai berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 39 tahun itu hilang kawalan.

Menurutnya, treler yang membawa muatan asid nitrik dan dalam perjalanan dari Pelabuhan Utara menghala ke Pelabuhan Barat kemudian telah menghimpit van yang berada di lorong kanan.

"Insiden itu menyebabkan pemandu van berusia 25 tahun terperosok di bawah treler dan tersepit di bahagian kaki.

"Anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: