13 lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM26,228

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor
Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor
A
A
A

KEPALA BATAS- Polis menahan 13 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM26,228 dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2019 di Seberang Perai Utara (SPU), di sini.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun dipercayai anggota beberapa sindiket pengedaran dadah dan ditahan dalam beberapa serbuan bermula 6 petang semalam hingga 4 pagi tadi.

“Hasil serbuan itu, polis merampas 458.1 gram heroin, 67.9 gram syabu serta 500 ml air ketum,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh, positif dadah. - Bernama

Artikel Berkaitan: