X

Kindly register in order to view this article
!

Cuba dulu sistem baharu, kata Pengarah Urusan Foodpanda

Sayantan Das menjawab soalan media pada sesi sidang media hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Penghantar makanan Foodpanda yang tidak bersetuju dengan sistem pembayaran baharu tidak dipaksa untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das bagaimanapun menasihatkan para penghantar makanan supaya mencuba dahulu sistem baharu tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya rasa mereka patut mencuba dahulu sistem pembayaran baharu ini terlebih dahulu.

"Sekiranya mereka mahu kekal, mereka boleh terus kekal.

"Jika mereka tidak mahu, mungkin mereka boleh meneroka peluang pekerjaan yang sama di tempat lain," katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Kemelut antara pengurusan Foodpanda dan penghantar makanan mereka tercetus selepas syarikat itu melaksanakan skim pembayaran baharu bermula pada 30 September lalu.

Bayaran bekerja mengikut jam dimansuhkan dengan menggantikan bayaran setiap pesanan dinaikkan antara RM4.50 hingga RM7 berkuatkuasa kepada semua penunggang di luar Lembah Klang.

Pelaksanaan skim pembayaran baharu itu mendapat bantahan penghantar makanan foodpanda hingga mereka melakukan mogok serta dialog bersama Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus