Budak 10 tahun cuba terjun bangunan

Keadaan kanak-kanak itu cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin di sini petang kelmarin.
Keadaan kanak-kanak itu cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin di sini petang kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin di sini petang kelmarin.

Difahamkan kanak-kanak itu nekad bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan ibunya dipercayai kerana isu telefon.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.01 petang.

“Ketika bomba tiba terdapat seorang kanak-kanak perempuan berada di belebas tingkap tingkat 19 bangunan berkenaan dipercayai mahu terjun.

Kanak-kanak berkenaan yang cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin di sini petang kelmarin ditenangkan pihak bomba.
Kanak-kanak berkenaan yang cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin di sini petang kelmarin ditenangkan pihak bomba.

“Bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 selain memasang ‘air cusion’ di aras bawah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suhaimi berkata, pegawai bomba, Ismarulnizam Isnin bersama seorang anggota cuba memujuk dan berbual dengan mangsa.

"Ismarulnizam mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk mangsa sebelum dia menghulurkan tangannya untuk masuk ke dalam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mangsa dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.