Lelaki ditemui mati dalam kereta

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA- Misteri seorang lelaki yang ditemui tidak begerak dalam sebuah kereta berkunci di Jalan PJU 1/39 Dataran Prima di sini terjawab apabila mangsa rupanya sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima panggilan daripada MERS 999 memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, sepasukan anggota polis ke lokasi dan mendapati terdapat seorang lelaki berusia 31 tahun terbaring di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna puith dalam keadaan kaku.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara turut ke lokasi membantu membuka pintu kereta tersebut bagi membolehkan anggota paramedik memeriksa keadaan mangsa.

“Siasatan dapati mangsa sudah meninggal dunia dan kematian disahkan oleh paramedik ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) pada jam 6.16 petang semalam.

“Tiada kesan jenayah ditemui yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa, namun polis menemui bekas disyaki berisi arang dibakar di bawah tempat letak kaki penumpang hadapan,” katanya.

Katanya, kes mangsa diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: