Budak lelaki jatuh dari tingkat 10 selamat

Mangsa hanya mengalami luka kecil dan lebam.
Mangsa hanya mengalami luka kecil dan lebam.
A
A
A

BANGKOK - Seorang budak lelaki berusia empat tahun nyaris maut selepas terjatuh dari balkoni 10 tingkat setinggi lebih 30 meter di rumahnya di Nonthaburi, Thailand.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai tinggal bersama abangnya keluar ke kolam di blok pangsapuri mereka.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat memanjat pagar kolam sebelum terjatuh dan ‘mendarat’ di bumbung gerai makanan dan meja plastik.

Menurut pengawal keselamatan bangunan itu, dia terdengar bunyi objek jatuh sebelum bergegas ke tempat kejadian dan melihat orang ramai mengerumuni berhampiran gerai makanan terbabit.

“Ketika itu saya sedang berdiri di pintu masuk. Saya dengar bunyi benda jatuh dan suara menangis. Setibanya di sana, budak itu tertiarap di tanah. Seorang lelaki mengangkatnya dan mendapati dia masih hidup.

“Mangsa beritahu tangan kiri dan kakinya sakit. Jadi kami minta dia terus baring sehingga bantuan perubatan tiba,” jelasnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu hanya mengalami luka kecil dan lebam, malah dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya.

Jurucakap polis, Pongchakree Reechakarunpong berkata, pihaknya menerima laporan hospital mengatakan mangsa tidak mengalami patah tulang.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun doktor akan memeriksa sebarang kecederaan dalaman, namun mereka yakin tiada kecederaan serius dialaminya,” katanya. - Agensi