UMNO tidak setuju kerajaan laksana subsidi petrol bersasar


ANNUAR
ANNUAR
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO tidak bersetuju subsidi harga minyak melalui mekanisme yang dilaksanakan ketika ini diubah kepada subsidi petrol bersasar.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, mekanisme sedia ada perlu dikekalkan kerana petrol merupakan keperluan semua peringkat rakyat.

“Penerima BSH (Bantuan Sara Hidup) tidak banyak guna petrol. M40 yang banyak.

“Kita tidak setuju sistem sekarang diubah,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka mengumumkan butiran penuh mengenai program subsidi petrol bersasar pada Isnin ini.

Program subsidi petrol bersasar akan dibayar secara tunai terus ke dalam akaun bank penerima yang layak, bukan menggunakan kad subsidi seperti yang dikatakan sebelum ini.

Menurut sumber, penerima adalah mereka yang berada dalam senarai BSH yang memiliki kenderaan berdaftar.

Difahamkan kira-kira dua juta penerima layak menerima subsidi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Subsidi petrol bersasar diumum Isnin ini

Artikel Berkaitan: