Peniaga dan usahawan Muslim perlu kongsi rezeki: Mufti Perlis

Dr Asri
Dr Asri
A
A
A

KANGAR - Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menggesa peniaga dan usahawan Muslim yang menerima manfaat peningkatan penjualan hasil selepas gerakan mengutamakan produk Muslim berkongsi rezeki bersama umat Islam yang memerlukan.

Dr Asri dalam satu kenyataan di Facebooknya turut mengingatkan bahawa ukhuwah Islamiyyah telah menjadi penyebab rezeki golongan itu bertambah.

"Kembalikan sumbangan anda kepada syiar agama dan saudara seagama yang memerlukan.

"Janganlah anda terlibat dengan musuh-musuh agama atau 'khadam' musuh-musuh agama yang mereka itu memusuhi kempen membantu sesama Muslim," katanya.

Dr Asri turut menyeru golongan berkenaan menunaikan zakat dan memperbanyakkan amalan bersedekah sebagai tanda syukur atas kurniaan ALLAH.

Artikel Berkaitan: