X

Kindly register in order to view this article
!

Final Piala Cabaran: JDT II menang tipis

Pemain JDT II, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman (kiri) mengawal bola dari dirampas oleh pemain UKM FC, Mohd Irwan Syazmin Wahab (kanan) pada perlawanan akhir Piala Cabaran pusingan pertama di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi. - Foto Bernama
A
A

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) II gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya membawa bekalan tipis selepas menang 1-0 ke atas UKM FC dalam perlawanan akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

Anak buah Ervin Boban terpaksa berhempas pulas untuk meraih kemenangan tipis apabila gagal menyudahkan beberapa peluang di pintu gol lawan.

Kelibat penyerang import JDT II, Mohamad Ghaddar dari Lubnan ini juga tidak menyengat dan serangan yang dilancarkan seakan tidak menjadi, sekali gus gagal membantu pasukannya mencetak sebarang gol pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, JDT II bermain dengan rentak berbeza apabila berjaya melakukan serangan bertubi tubi ke arah gawang lain.

Pada minit ke- 63, kealpaan barisan pertahanan UKM tidak menjaga baik pintu gol dimanfaatkan oleh Mohd Amirulhadi Zainal untuk melakukan tendangan padu ke arah gawang lawan bagi mencipta gol pertama pasukannya.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Sulaiman Hussin cuba melakukan serangan balas menerusi tendangan Milad Zanidpour Mansour pada minit ke 65, namun gagal setelah bola terkena palang.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Aksi akhir kedua (timbal balik) bagi menentukan kemenangan mutlak di antara kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur pada 12 Oktober ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!