X

Kindly register in order to view this article
!

PH mangsa manifesto sendiri, kata Tun M

A
A

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pakatan Harapan (PH) kini menjadi mangsa kepada manifesto mereka sendiri yang diumumkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, beliau berfikir PH akan kalah dalam PRU14 lantas mereka meletakkan janji yang susah untuk dilaksanakan dalam manifesto mereka.

“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.

“Tapi sekarang kami jadi kerajaan, kami jadi mangsa kepada manifesto kami sendiri,” katanya seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, PH komited untuk memansuhkan beberapa undang-undang drakonian selepas memenangi PRU14 namun ia tidaklah semudah disangkakan.

Jelasnya, proses memansuhkan undang-undang yang melibatkan perlembagaan perlulah mendapat sokongan dua pertiga parlimen dan kerajaan sekarang tidak memiliki kelebihan itu.

“Rakyat mahukan perubahan segera, mereka mahu undang-undang ini dimansuhkan segera. Itu tak mungkin dapat dilakukan.

“Dan hari ini kami dikritik kerana tidak mengotakan janji. Memang mudah membuat janji ketika PRU, tapi tak mudah nak tunaikannya bila dah menang PRU,” katanya.