Air Selangor terima 1,143 aduan air berbau

Abdul Raof
Abdul Raof
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pihaknya menerima sebanyak 1,143 aduan air berbau sejak 28 September lalu.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, sebanyak 1,129 kes daripada jumlah keseluruhan 1,143 aduan diterima telah diambil tindakan dan menjalani ujian pensampelan kualiti air.

Menurutnya, baki 14 kes lagi masih dalam proses siasatan pihaknya.

“Pihak kami merekodkan tambahan sebanyak 97 aduan dari jam 6 petang semalam hingga jam 10 pagi tadi. Ia menjadikan jumlah keseluruhan aduan yang diterima sejak Sabtu lalu sebanyak 1,143 kes.

“Namun berdasarkan ujian dijalankan mendapati bekalan air yang dibekalkan adalah selamat digunakan dan memenuhi piawaian air minum kebangsaan bagi parameter fizikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini..

Abdul Raof berkata, selain melaksanakan ujian pensampelan, Air Selangor juga menjalankan aktiviti pemeriksaan dan pencucian ke atas 36 kolam perkhidmatan yang membekalkan air di kawasan yang menerima aduan.

Menurutnya, kerja-kerja pencucian di 29 rangkaian sistem perpaipan dari 31 kawasan aduan telah dijalankan sehingga jam 10 pagi tadi.

“Pihak kami juga mengedarkan sebanyak 1,764 botol air minuman lima liter kepada pelanggan di kawasan yang terjejas.

Artikel Berkaitan:

"Pelanggan diminta menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 0192800919 / 0192816793 bagi sebarang bantuan.

“Kami mohon maaf atas segala kesulitan dan pihak kami mengambil segala tindakan perlu bagi mengatasi masalah ini,” katanya