Pasangan kekasih curi kasut dikecam

Tindakan dua individu yang dipercayai pasangan kekasih mencuri kasut di Vista Tasik kondominium, Bandar Sri Permaisuri Isnin lalu, dirakam CCTV dan tular di laman sosial.
Tindakan dua individu yang dipercayai pasangan kekasih mencuri kasut di Vista Tasik kondominium, Bandar Sri Permaisuri Isnin lalu, dirakam CCTV dan tular di laman sosial.
A
A
A

CHERAS - Dua individu yang dipercayai pasangan kekasih menerima kecaman netizen selepas tindakan mereka mencuri kasut di Vista Tasik kondominium, Bandar Sri Permaisuri Isnin lalu.

Pasangan tersebut menerima komen sinis apabila pemilik kasut tersebut berkongsi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 0.27 saat di Twitternya.

Lelaki tersebut memuat naik video itu pada Selasa lalu dengan posting "Tolong hati-hati semua, pencuri ada di mana-mana. Salah aku juga tak letak kasut di dalam rumah. Kalau sesiapa kenal, cakap dekat dua ekor ini supaya aman dunia akhirat. #couplegoal #caribfberkualiti."

Pemilik kasut tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Daud, 24, berkata ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana membawa ayahnya ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

"Kehilangan kasut itu disedari keesokannya ketika mahu keluar bekerja. Saya bertanyakan kepada jiran untuk melihat CCTV di rumahnya.

"Saya nampak satu pasangan mendekati rumah dan perempuan tersebut telah memasukkan dua kasut milik saya ke dalam beg tangannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Perkongsian video tersebut telah meraih 3400 retweet serta 1400 like.

Tulis Juan Juhar "Setan pun terkejut...suruh couple je tapi ini pakej mencuri. Ini lain macam...,".

Artikel Berkaitan:

Daud yang juga Penasihat Kewangan Bank berkata, dia sudah membuat laporan kepada pengawal keselamatan dan memuat naik gambar kereta suspek di Twitternya kelmarin.

Menurutnya, pengawal keselamatan sudah mengenal pasti jenis kenderaan yang digunakan oleh pasangan terbabit melalui rakaman CCTV.

Daud memberitahu, pengawal turut memaklumkan pasangan itu mahu menurunkan penumpang di Blok F kondominium berkenaan selain mendaftarkan diri dengan menggunakan nombor kad pengenalan palsu.

"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi Isnin. Polis kini sedang berusaha mengesan pasangan tersebut dan saya harap pasangan itu dapat ditangkap bagi memberi pengajaran kepada orang ramai," katanya.