Ular kedua berbisa di dunia menyorok dalam dapur

Ular berbisa, eastern brown menyorok di bahagian dalam dapur memasak.
Ular berbisa, eastern brown menyorok di bahagian dalam dapur memasak.
A
A
A

ADELAIDE - Seorang wanita di Selatan Australia berdepan detik cemas apabila seekor ular berbisa menyelinap masuk ke dalam rumahnya sebelum menyorok di bahagian dalam dapur memasak.

Penangkap ular terpaksa dipanggil bagi menangkap reptilia itu di rumah wanita terbabit yang terletak di pinggir bandar Adelaide pada Rabu lalu.

Rolly Burrell dari Snake Catshers Adelaide berkata, dia dan pasukannya terpaksa meleraikan dapur memasak itu sebelum dapat menangkap reptilia berkenaan.

"Kami menemui ular jenis Eastern Brown sepanjang satu meter sedang melilitkan badannya pada wayar dapur memasak tersebut.

"Tiada perkara gila berlaku. Kami hanya mengangkat ular berkenaan perlahan-lahan dan letakkannya dalam beg," kata Burrell.

Tambah Burrell lagi, wanita berkenaan dilihat trauma dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu.

"Dia menggigil satu badan," katanya.

Ular Eastern Brown Australia dikenali sebagai ular kedua paling berbisa di dunia. – Agensi

Artikel Berkaitan: