Sidang ketiga Parlimen ke-14 bermula Isnin

GAMBAR HIASAN - FOTO BERNAMA
GAMBAR HIASAN - FOTO BERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 36 hari bermula Isnin ini (7 Oktober) hingga 5 Disember.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata, notis pemberitahuan mesyuarat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat telah dikeluarkan pada 6 September lepas.

“Urusan pertama mesyuarat bagi minggu pertama dimulai dengan perbahasan Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain,” katanya.

Pembentangan Belanjawan 2020 akan diadakan pada 11 Oktober pada jam 4 petang serta diikuti dengan perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat dasar pada minggu kedua, ketiga dan keempat.

“Seterusnya, perbahasan Belanjawan 2020 akan dibawa ke peringkat jawatankuasa pada minggu kelima hingga kelapan,” tambahnya.

Empat hari terakhir akan diperuntukkan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu kesembilan. - Bernama

Artikel Berkaitan: