Polis kesan 117 individu bantu siasat kes ah long

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan 117 individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes ah long.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 63 individu dipercayai dapat membantu melengkapkan kertas siasatan.

“Seramai 50 individu lagi akan dituduh kerana kertas siasatan sudah lengkap dan waran tangkap diperoleh.

"Empat lagi sudah dapat arahan untuk dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zakaria memaklumkan pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas 199 premis peminjam wang tidak berlesen dan 536 premis peminjam wang berlesen dalam operasi sejak 10 September lalu sehingga 30 September lalu.

“Kita telah menangkap 221 individu di premis peminjam wang tidak berlesen dan 14 lagi di premis peminjam wang berlesen.

"Sebanyak 134 kes berjaya diselesaikan melibatkan ‘mule account’ dengan 128 tangkapan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1,243 kes ah long dilaporkan pada 2017 tetapi 674 kes masih belum selesai.

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak 776 kes ah long dilaporkan pada 2018. Daripada jumlah tersebut sebanyak 528 kes belum selesai.

"Sebanyak 870 kes telah dilaporkan sejak sembilan bulan lalu. Sebanyak 689 kes dalam tindakan kita untuk menyelesaikannya,” katanya.