Siap siaga hadapi banjir kilat

Amran (kanan) ketika pengumuman pemenang cabutan bertuah pembayar cukai hartanah MBJB tahun 2018 di sini, hari ini.
Amran (kanan) ketika pengumuman pemenang cabutan bertuah pembayar cukai hartanah MBJB tahun 2018 di sini, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengingatkan semua agensi berkaitan menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan terdedah kepada risiko banjir susulan Monsun Timur Laut yang akan bermula hujung bulan ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, tindakan awal penting bagi mengelakkan kejadian banjir kilat berlaku.

"Hujan lebat dijangka akan berlaku di seluruh negara. Kejadian banjir kilat menyebabkan kerosakan harta awam serta menimbulkan kesusahan kepada orang ramai.

"Syarikat-syarikat konsesi juga diminta membantu memastikan tiada sampah sarap yang tersumbat dalam longkang serta kutipan sampah dijalankan mengikut jadual ditetapkan," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Bilangan 9 Tahun 2019 di sini hari ini.

Amran berkata, cuaca lembap akan mengundang kepada pembiakan nyamuk aedes jika sampah sarap tidak dikutip mengikut jadual selain menimbulkan masalah kesihatan dan kebersihan yang dibawa haiwan vektor lain.

Dalam perkembangan lain, beliau sempat memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab memulakan pembakaran terbuka.

"Setiap individu bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar lebih-lebih lagi udara yang dihidu setiap hari.

"MBJB bersama agensi kerajaan lain tidak akan teragak-agak ambil tindakan tegas terhadap mereka yang mulakan aktiviti pembakaran terbuka," katanya.

Artikel Berkaitan: