'Kami akan dipecat jika sertai mogok'

Penghantar makanan Foodpanda dakwa akan dipecat sekiranya menyertai mogok bantahan.
Penghantar makanan Foodpanda dakwa akan dipecat sekiranya menyertai mogok bantahan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Foodpanda didakwa telah mengugut untuk memecat penghantar makanan sekiranya mereka menyertai mogok bantahan terhadap pelaksanaan skim pembayaran baharu syarikat itu.

Pendedahan itu dibuat oleh wakil-wakil penghantar dari Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada satu sesi dialog di kediaman Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sini malam tadi.

Memetik laporan Astro Awani, Mohamad Faiz Padzil mendakwa, ratusan penghantar makanan Foodpanda ketika ini bukan sahaja mengalami kemerosotan pendapatan tetapi juga turut diugut pengurusan syarikat itu.

"Kami memang tidak menentang mogok ini kerana 'jam' kami telah ditarik sejak 30 September lalu.

"Walaupun kami tidak terikat dengan bayaran mengikut jam, kami tetap diugut di mana ID (pengenalan diri digital) akan disekat dan dihentikan.

"Bagi saya, mereka (Foodpanda) melakukan sesuatu yang tiada hak ke atas kami dan menjejaskan pendapatan kami," katanya.

Dalam pada itu, wakil penghantar makanan dari Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali sebagai Syam mendakwa, perkara sama turut menimpa mereka.

"Kami diugut sebelum mogok berlaku kelmarin. Ahad lalu ada pihak pengurusan dari Kuala Lumpur turun dan berjumpa dengan RC (wakil Foodpanda).

Artikel Berkaitan:

"Selepas itu (perjumpaan), keluar satu kenyataan bahawa sesiapa yang menjalankan mogok pada Isnin akan dibuang kerja atau dimansuhkan ID," dakwanya.

Terdahulu, lebih 100 penghantar makanan terdiri daripada wakil di Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur hadir pada sesi dialog berkenaan.

Pada sesi itu, rata-rata mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengurusan syarikat tersebut yang memperkenalkan skim bayaran baharu yang disifatkan tidak adil.

Dalam skim baharu yang berkuatkuasa Selasa bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, bayaran mengikut jam dimansuhkan tetapi pada masa sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.

Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

Pada 30 September lalu, sejumlah penghantar Foodpanda di beberapa negeri melancarkan mogok.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kemelut Foodpanda Kementerian pastikan situasi menang-menang

Foodpanda perkenal skim baharu mulai esok