18 tahun belum boleh mengundi di PRK Tanjung Piai: SPR

Azhar Azizan ketika ditemui media, hari ini.
Azhar Azizan ketika ditemui media, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan rakyat berusia 18 tahun masih belum boleh mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November nanti.

Menurutnya, tarikh menguatkuasakan peraturan baru itu masih belum diisytiharkan meskipun ia telah diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Setakat ini yang dibenarkan adalah calon PRK boleh berusia 18 tahun tapi mereka yang masih berusia 18 tahun tidak boleh mengundi lagi dalam PRK nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Sesi Libat Urus ERC Bersama Parti Politik, di sini tengah hari tadi.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: