Tak sempat mengajar hari pertama

Kereta dinaiki mangsa terbabas ke dalam parit di Jalan Mengkebang Bechah Salak, hari ini.
Kereta dinaiki mangsa terbabas ke dalam parit di Jalan Mengkebang Bechah Salak, hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Guru wanita yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Agama Syukriah, Bukit Sireh tidak sempat ke sekolah apabila kereta dipandu terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Mengkebang, Bechah Salak, hari ini.

Mangsa berusia 31 tahun bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi.

"Dua anggota diketuai Azman Daud ke lokasi kejadian dengan jentera EMRS.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa telah berada di luar kenderaan dengan bantuan orang awam," katanya.

Mohamad Hanif berkata, pasukan bomba membawa mangsa ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan: