Sempadan bawah tanah di Genting Gaza hampir siap

Pembinaan sempadan bawah tanah yang dirakam di pantai Zikim kira-kira 3km dari utara Gaza tahun lalu. - Foto: Agensi
Pembinaan sempadan bawah tanah yang dirakam di pantai Zikim kira-kira 3km dari utara Gaza tahun lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Kira-kira 70 peratus kerja pembinaan sempadan bawah tanah Israel di sepanjang Genting Gaza dilaporkan telah selesai.

Menurut laporan agensi berita Shehab, seramai 1,400 pekerja tempatan dan asing berjaya menyiapkan 43 daripada 60 kilometer sempadan bawah tanah tersebut.

Sekatan itu terdiri daripada dua bahagian iaitu satu di atas tanah setinggi enam meter dan satu di bawah tanah dengan kedalamannya tidak diberitahu.

Difahamkan kesemua buruh bekerja 24 jam sehari dan enam hari seminggu untuk menyiapkan halangan terbabit.

Sejak pembinaan bermula, tentera Zionis mendakwa telah menemui 17 terowong rentas sempadan yang didakwa digali oleh rakyat Palestin.

Pada Jun 2018, penyiar televisyen Channel 10 melaporkan, tentera Israel ada memberitahu kerajaan bahawa mereka tidak mahu terlibat perang dengan Gaza sebelum sempadan itu diselesaikan. - Agensi

Artikel Berkaitan: