X

Kindly register in order to view this article
!

Penyelia pusat judi rugi RM39,000 ditipu Sarjan Tan

A
A

KUANTAN - Seorang penyelia sebuah pusat perjudian di Genting Highlands kerugian RM39,000 selepas akur dengan arahan seorang pegawai polis supaya memindahkan wang ke akaun sementara untuk melepaskannya atas dakwaan terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

Mangsa berusia 37 tahun dari Raub itu menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Sarjan Tan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis pada 8 Ogos lalu dan memberitahu kononnya dia dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa juga turut diarah agar melaporkan aktiviti hariannya kepada pihak polis melalui sarjan itu menggunakan WhatsApp.

"Pada 27 September lalu, mangsa menerima panggilan daripada 'Sarjan Tan' sebelum panggilan disambung kepada pegawai berpangkat inspektor yang kononnya pegawai penyiasat kes tersebut.

“Inspektor tersebut mengarahkan mangsa memindahkan semua wang dalam akaun banknya ke akaun bank yang diberikan untuk siasatan dan urusan melepaskan mangsa daripada tuduhan tersebut.

Menurutnya, mangsa dijanjikan wang yang diserahkan itu akan dipulangkan kembali selepas siasatan selesai,.

"Akur dengan arahan itu mangsa memindahkan wangnya melalui mesin deposit tunai di sebuah bank di Raub melalui sembilan transaksi kepada sebuah akaun bank atas nama seorang lelaki.

“Selepas membuat pemindahan, mangsa menghubungi 'Sarjan Tan' untuk mengetahui perkembangan kesnya namun lelaki itu gagal dihubungi," katanya.

Katanya, mangsa yang syak ditipu tampil membuat laporan polis semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!