Koleksi kereta mewah anak presiden dilelong

Sejumlah 25 kereta mewah milik anak lelaki Presiden Equatorial Guinea dilelong di Switzerland. - Foto Reuters
Sejumlah 25 kereta mewah milik anak lelaki Presiden Equatorial Guinea dilelong di Switzerland. - Foto Reuters
A
A
A

MALABO - Koleksi kereta mewah yang dirampas daripada anak lelaki Presiden Equatorial Guinea dilelong di Switzerland semalam.

Kereta-kereta terbabit dirampas pihak pendakwa Switzerland susulan siasatan terhadap Teodorin Nguema Obiang yang dikritik kerana tabiat berbelanja besar dan gaya hidup 'playboy'.

Obiang merupakan naib presiden kepada bapanya, Teodoro Obiang Nguema yang memerintah Afrika Tengah itu selama 40 tahun.

Sejumlah 25 kereta mewah dilelong di sebuah kelab golf di Cheserex berhampiran Geneva.

Antara kereta dilelong termasuklah Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Rolls Royce mencecah nilai hampir AS$27 juta (RM113 juta) dan difahamkan sebahagian besar hasil lelongan akan digunakan untuk projek sosial negara. - Agensi

Artikel Berkaitan: