Tiga pasangan kembar curi tumpuan

Gelagat tujuh murid antara yang mencuri tumpuan apabila mereka merupakan tiga pasangan kembar yang memulakan hari pertama sesi persekolahan, di Sekolah Kebangsaan Zainab 1 hari ini.
Gelagat tujuh murid antara yang mencuri tumpuan apabila mereka merupakan tiga pasangan kembar yang memulakan hari pertama sesi persekolahan, di Sekolah Kebangsaan Zainab 1 hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Gelagat tujuh murid antara yang mencuri tumpuan apabila mereka merupakan tiga pasangan kembar yang memulakan hari pertama sesi persekolahan, di Sekolah Kebangsaan Zainab 1 hari ini.

Dua daripadanya merupakan pasangan kembar dua, manakala satu lagi kembar tiga.

Sarah Abdullah dan adiknya, Aishah Abdullah manakala Wan Nur Airis Balqis Mohamed Redzuan dan

Wan Nur Airin Balqis Mohamed Redzuan ditempatkan dalam kelas yang sama, sementara kembar tiga iaitu Nur Nazneen Azairi, Nur Aishah Azairi dan Nur Naurah Azairi di kelas berasingan.

Sementara itu, Sarah berkata, dia bersemangat untuk ke sekolah dan bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap bersama adiknya.

"Saya seronok hari ini sebab nak jumpa kawan baharu.

"Adik juga tak menangis walaupun umi dan abah tak teman kami di sekolah hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan: